Timbalan Panglima TLDM baharu
13 Julai – TLDM hari ini menerima Timbalan Panglima TLDM baharu, Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany yang menggantikan Laksamana Muda Dato’ Ir. Hj Khairuddin Bin Khalid yang sebelum ini memangku jawatan tersebut.
Majlis serah terima tugas telah diadakan di KD SRI GOMBAK dan disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dan warga #NavyPeople yang bertugas di sekitar Lembah Klang.
Sebelum ini, Datuk Mohd Reza merupakan Panglima Angkatan Bersama di Markas Angkatan Bersama sejak 30 November 2017.
Dalam ucapan beliau, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman merekodkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Ir Hj Khairuddin yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut sejak Mac 2018 selain tugasnya sebagai Asisten Ketua Staf Kejuruteraan.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Mohamad Reza.
#Kebanggaan
#SediaBerkorban
#NavyUpdate
TLDM