8 Bde Anniversary Parade


What it's all about





  • 8th Malaysia Infantry Bde held its 47th Anniversary Parade on 26 Jun 2019.









Perbarisan HUT Ke-47 8 Bgd





KELANTAN: Seramai 24 pegawai dan 320 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) disempurnakan oleh Panglima 8 Bgd, Brig Jen Hj Muhammad Huzaimi Sabri di Padang Kawad 16 RAMD pada 26 Jun 2019.









Perbarisan ini diketuai oleh Pegawai Memerintah 5 RRD, Lt Kol Hj Jonurzaidi Hj Jusoh terdiri dari enam kontinjen.





Dalam ucapan Panglima 8 Bgd, beliau menyeru pegawai dan anggota untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas demi memastikan keselamatan, kesejahteraan negara serta rakyat terpelihara.





Dimasa yang sama semua pegawai dan anggota diingatkan agar sentiasa peka dengan kejadian semasa sama ada di dalam atau luar negara sebagai persediaan untuk meningkatkan tahap kesiagaan bagi menghadapi segala bentuk ancaman pada masa kini.





Disamping itu juga, demi menjaga nama baik dan imej 8 Bgd khususnya dan TD amnya, beliau menasihatkan seluruh lapisan anggota agar sentiasa memelihara disiplin dan menjauhi amalan serta gejala negatif seperti penyalahgunaan najis dadah, judi siber, jenayah dan sebagainya.









Diakhir ucapan, Panglima menzahirkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan Tentera Darat dan ATM kerana memberi sokongan dan sepenuh kepercayaan kepada 8 Bgd untuk terus melaksanakan tugas utama ataupun tugas sekunder yang lain dengan efektif serta efisien.





Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Sijil Penghargaan dan pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota LLP.





Turut hadir Pegawai Memerintah, Pegawai Pemerintah pasukan, BAKAT 8 Bgd dan kakitangan awam.Oleh: Lt Muhammad Suhail Shahimi
Gambar: LKpl Mohd Noor Zaidan Md Adri


Popular Posts