Joint Task Force 2 Admin Officer Change of Appointment Ceremony

Joint Task Force 2 Change of Administrative Officer Appointment between Lt Muhammad Zulhilmi bin Mat Tahir TLDM and Lt Dya Mohamad Asyraf bin Kutty TLDM

TAWAU, 18 Jun 19 - Bertempat di pekarangan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Tadbir dan Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2).

Majlis pada pagi tersebut dimulai dengan acara serah terima tugas jawatan Pegawai Tadbir diantara Lt Muhammad Zulhilmi bin Mat Tahir TLDM dan Lt Dya Mohamad Asyraf bin Kutty TLDM dengan disaksikan oleh Brigedier Jeneral Dato Zarondin bin Md Amin, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2).

Seterusnya KATB 2 menyempurnakan Pemakaian Pangkat bagi anggota Lain-lain Pangkat. Mendahului senarai ialah Sarjan Muhammad bin Hamid dinaikkan pangkat ke Pemangku Staf Sarjan , Laskar Udara Kanan Wan Abdul Rahim bin Wan Idris ke Pemangku Koperal Udara, Laskar Udara Kanan Ricky Sukim ke Pangkat Koperal Udara, Laskar Udara I Mustammin bin Berahima ke Laskar Udara Kanan, Laskar Udara I Muhammad Muzammil bin Mohd Said ke Laskar Udara Kanan dan Laskar Udara I Muhammad Syahmi bin Ramli ke Laskar Udara Kanan.

Promotion Ceremony for six junior other ranks

Akhir majlis, Komander ATB 2 mengucapkan terima kasih atas khidmat kepada pegawai yang bertukar keluar dan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat serta turut mengingatkan bahawa pangkat yang diberikan adalah tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan amanah.

Popular Posts