12th Trilateral Maritime Patrol (TMP) by RMN and Philippines Navy
SANDAKAN, 21 Aug 2019 – Assets from the Royal Malaysian Navy (RMN) Philippines Navy (PN) today once again conducted the 12th Series of the Trilateral Maritime Patrol (TMP) in 2019.
The 12th TMP involved Sea Basing Auxiliary Ship TUN AZIZAN (KA TUN AZIZAN), KD SRI GAYA and BRP MIGUEL MALVAR (PS 19).
"We all do better when we work together. Our Differences do matter, but our common humanity matters more"
RONDAAN BERSAMA PROGRAM TRILATERAL MARITIME PATROL (TMP) TINGKATKAN KESELAMATAN ESSZONE
SANDAKAN, 21 Ogos 2019 – Aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Filipina (TLF) hari ini sekali lagi telah melaksanakan program Trilateral Maritime Patrol (TMP) bagi Siri Ke-12 dalam tahun 2019. Inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang melibatkan kerjasama 3 buah negara Malaysia, Indonesia dan Filipina kali ini mencatatkan kelainan daripada siri-siri rondaan bersama yang telah dilaksanakan sebelum ini kerana turut melibatkan Pangkalan Laut (PL) TLDM iaitu Kapal Auxiliary TUN AZIZAN (KA TUN AZIZAN) bersama-sama KD SRI GAYA dan BRP MIGUEL MALVAR (PS 19). Pertemuan kali ini telah dilaksanakan di sekitar garis sempadan maritim di antara kedua-dua buah negara.
Program kali ini telah bermula dengan pertemuan BRP MIGUEL MALVAR dan KD SRI GAYA yang merapat di posisi bersauh KA TUN AZIZAN. Ketiga-tiga tim pemerintah kapal telah mengadakan perbincangan operasi di mana perkongsian maklumat dilakukan khususnya dalam mengenal pasti kawasan tumpuan (hot spot) jenayah rentas sempadan serta perancangan latihan dilaksanakan dengan KA TUN AZIZAN dijadikan sebagai platform. Selain daripada itu, ketiga-tiga kru kapal mengadakan aktiviti crossdeck yang melibatkan lawatan ke tempat kerja masing-masing bagi mengenali tatacara dan prosedur yang diguna pakai oleh TLDM dan TLF.
Di bawah program TMP, pertemuan ini juga merupakan kali pertama yang melibatkan 3 buah aset di dalam satu pertemuan. Sejak dilancarkan pada Jun 2017, Inisiatif TMP melalui program TCA ini telah menghasilkan impak yang memberansangkan khususnya dalam mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan. Inisiatif rondaan TMP sebegini dilihat dapat meningkatkan keyakinan masyarakat setempat dan antarabangsa ke atas keupayaan negara Malaysia dan Filipina bersama Indonesia dalam mengurus isu keselamatan maritim terutamanya di Laut Sulu dan Laut Sulawesi.
Sejurus selesai sesi perkongsian maklumat dan interaksi melibatkan kru ketiga-tiga buah kapal, latihan bersama di laut telah dimulakan. Antara latihan yang dilaksanakan adalah Combine Boarding Excercise (BOARDEX), Manuvra Taktis (MANTAK), Replenishment at Sea Approach (RASAP) dan Photo Excercise (PHOTEX). Kesemua latihan ini bertujuan meningkatkan keupayaan dan kemahiran warga kapal serta interoperabiliti di antara kedua-dua tentera laut.
Sehingga kini sebanyak 12 siri pertemuan di laut telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019 oleh TLDM dan TLF dan diharap program seperti ini dapat diterus serta dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Inisiatif rondaan TMP ini wajar diteruskan kerana ianya telah terbukti memberi manfaat yang baik dan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) ini. Selesai pertemuan, ketiga-tiga kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.
Keselamatan
NavyProud
TogetherWeDoBetter