Malaysian Army Senior Officers Promotion Ceremony


KUALA LUMPUR, 29 August 2019 - BG Dr A. Endry Nixon s/o Alexander was promoted to the rank of MG while remaining as Commandant Army Senior Officer Institute (INSPEKA). BG Dato' Zarondin bin Md Amin was also promoted to the rank of MG and appointed as Assistant Commander of the Reserve Force. Four COLs were also promoted to BG.












MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT (TD) DAN PENGANUGERAHAN SAYAP JURUTERBANG PASUKAN UDARA TENTERA DARAT (PUTD)





KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2019 - Seramai 19 Pegawai Kanan dari pelbagai Kor dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Turut berlangsung adalah Penganugerahan Sayap Juruterbang PUTD kepada 3 Pegawai.







Mendahului senarai, Brig Jen Dr A. Endry Nixon s/o Alexander dinaikkan pangkat ke Mej Jen dan kekal sebagai Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA) diikuti Brig Jen Dato' Zarondin bin Md Amin yang turut dipakaikan pangkat Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada 4 Pegawai Kanan berpangkat Kol ke Brig Jen, 4 pemakaian pangkat dari Lt Kol kepada Kol dan 8 kenaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol termasuk seorang Pegawai Sukarela dinaikkan pangkat ke Lt Kol.













Dalam ucapannya, PTD mengucapkan tahniah dan menyatakan bahawa lebih tinggi sesuatu pangkat, lebih tinggi tahap piawaian yang perlu dipenuhi serta cabaran mutlak seterusnya adalah memelihara prestasi diri dan kepercayaan organisasi. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima Medan Barat Tentera Darat dan Pegawai-pegawai Kanan TD.




Popular Posts