2020 National Defence Courses, 40/2020 Malaysian Defence College Course and 49/2020 Malaysian Command And Staff Course


PUTRAJAYA - 20 Sep, 2019; Chief of Defence Forces, YBhg General Tan Sri Dato' Seri Commander Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin attended the Opening Ceremony of the 40/2020 Malaysian Defence College (MPAT) Course and 49/2020 Malaysian Command And Staff (MTAT) Course which took place at the National Defence Education Center (PUSPAHANAS) this morning.









PUSPAHANAS is an MAF institute built as a modern and conducive college with the establishment of the National Defence College (MKN), the MPAT and the MTAT through the relocating of operations from Jalan Padang Tembak to Putrajaya. The centre is fully built in Precinct 1, occupying 40.99 acres and provides modern office space and lecture halls to make learning more efficient.





Pusat Pertahanan Nasional (Puspahanas), Precinct 1, Putrajaya




The inaugural opening of the course at the new complex involved 165 students from 49/2020 MTAT course. The course is attended by MAF and overseas military personnel with the rank of MAJ and LTC. The 40/2020 MPAT course is attended by 41 senior officers of the MAF, Civilian, Police and overseas military officers with LTC rank and above.





The ceremony today also saw the signing of the Memorandum of Agreement between the Government of Malaysia and the National Defense University of Malaysia (UPNM) for the implementation of the National Defence Courses program at the National Defense College (MKN). The college provides courses on strategic and national defence matters to MAF officers of the ranks Colonel and Brigadier-General. The 2020 National Defence Course involves 20 senior officers from the land, sea and air services as 'pioneers' of the college.







Also present were the Ministry of Defence Secretary-General, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali; Deputy Army Chief, YBhg Lieutenant-General Dato' Hasagaya bin Abdullah; Navy Chief, YBhg Laksmana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; Chief of Air Force, YBhg General Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang (RMAF); Chief of Staff, MAF HQ, YBhg Lieutenant-General Datuk Kamarulzaman bin Mohd Othman (RMAF), guests from the National Defence University of Malaysia (UPNM) and senior officers of the MAF.














MAJLIS PERASMIAN KURSUS KETAHANAN NASIONAL 2020, KURSUS MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA SIRI 40/2020 DAN KURSUS PEMERINTAHAN DAN STAF MALAYSIA SIRI 49/2020





PUTRAJAYA – 20 Sep 2019; Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin hadir ke Majlis Perasmian Kursus Ketahanan Nasional Siri 2020, Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Siri 40/2020 serta Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 49/2020 iaitu kursus pertama yang mula dilaksanakan di Kompleks Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pada pagi ini.









PUSPAHANAS merupakan sebuah pusat pengajian ATM yang dibangunkan sebagai sebuah kolej pengajian yang moden dan kondusif dengan menempatkan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dengan secara berperingkat melalui proses pemindahan operasi dari Jalan Padang Tembak ke Putrajaya. Infrastruktur yang telah siap dibina sepenuhnya di Presint 1 berkeluasan 40.99 ekar menyediakan ruang pejabat yang moden, bilik kuliah dan pengajaran yang lebih efisien untuk sesi pembelajaran para penuntut.





Perasmian kursus buat pertama kalinya di kompleks ini melibatkan penuntut bagi Kursus Staf dan Pemerintahan Malaysia Siri 49/2020 seramai 165 orang. Kursus ini dihadiri oleh pegawai ATM dan pegawai tentera luar negara yang berpangkat Mej dan Lt Kol. Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Siri 40/2020 pula dihadiri seramai 41 orang pegawai-pegawai kanan ATM, Awam, PDRM dan pegawai tentera luar negara yang berpangkat Lt Kol ke atas.







Majlis pada hari ini juga menyaksikan acara menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk pelaksanaan program Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional (MKN). Maktab ini menyediakan kursus berkaitan perkaraperkara strategik dan pertahanan nasional kepada pegawai ATM yang berpangkat Kolonel dan Brigadier Jeneral. Kursus Ketahanan Nasional 2020 melibatkan seramai 20 orang pegawai kanan dari perkhidmatan darat, laut dan udara sebagai 'pioneer' di maktab ini.









Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali; Timbalan Panglima Tentera Darat, YBhg Leftenan Jeneral Dato' Hasagaya bin Abdullah mewakili Panglima Tentera Darat; Panglima Tentera Laut, YBhg Laksmana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang (TUDM); Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, YBhg Leftenan Jeneral Datuk Kamarulzaman bin Mohd Othman (TUDM), para jemputan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan pegawai-pegawai kanan ATM.




Popular Posts