Coordinated Patrol between Malaysian Army and TNI-AD - Enhanced Levels of Security
SARAWAK: Closing Ceremony of PATKOR Coordinated Patrol Program Series 2/2019, a joint patrol on the border by the two countries involved with the Malaysian Army and the Indonesian Army (TNI-AD) has been conducted by Staff Officer 2 Deployment, HQ 9 Bde, Maj Ahmad Fauzi Johari on 30 Nov 2019.
In his speech, he said that PATKOR is an annual activity that currently involves teams from 5 Bde operating in Ba'Kelalan and TNI-AD and the Land Operations Planning Team (TPOD) both countries have given confidence to 9 Bde for implementing PATKOR Series 2/2019.
The implementation of PATKOR in the collection of data and information while on the border further enhances the security of the border for the sake of mutual benefit in the future which will also enhance the skills and competencies of members in carrying out their duties while maintaining border security in both countries.
It is the hope of both countries that with the implementation of PATKOR will prevent or reduce all cross border activities that violate the laws of both countries and forge closer ties between Malaysian Army and TNI-AD in bilateral relations.
Also present were the Commander of the 600th Infantry Battalion (DANYONIF) Battalion, Ltc Infantry Ronald Wahyudi, Union Task Force Commander, Camp Commandant and Commanding Officers.
Rondaan Bersama TDM dan TNI-AD Di Perbatasan Tingkatkan Tahap Keselamatan
SARAWAK: Majlis Penutup Program Patroli Terkoordinasi PATKOR Siri 2/2019 yang merupakan rondaan bersama di sempadan oleh kedua-dua negara melibatkan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) telah disempurnakan oleh PS 2 Gerak MK 9 Bgd, Mej Ahmad Fauzi Johari pada 30 Nov 2019.
Dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa PATKOR adalah aktiviti tahunan yang diadakan pada ketika ini melibatkan pasukan dari Formasi 5 Bgd yang beroperasi di Ba’ Kelalan dan TNI-AD dan Tim Perancang Operasi Darat (TPOD) kedua-dua negara telah memberi kepercayaan kepada Formasi 9 Bgd bagi melaksanakan PATKOR Siri 2/2019.
Perlaksanaan PATKOR dalam pengumpulan data dan maklumat semasa di perbatasan meningkatkan lagi keselamatan persempadanan demi kebaikan bersama pada masa akan datang dimana ianya juga dapat mempertingkatkan kemahiran dan kecekapan anggota dalam melaksanakan tugas semasa menjaga perbatasan dan persempadanan di kedua-dua negara.
Adalah menjadi harapan kedua-dua negara agar pelaksanaan PATKOR ini dapat menghindari atau mengurangkan semua aktiviti lintas batas yang melanggar undang-undang kedua-dua buah negara serta menjalinkan hubungan lebih erat antara TDM dan TNI-AD dalam hubungan dua hala.
Turut hadir, Komandan Batalion Infantri Raider (DANYONIF) 600/Modang, Lt Kol Infantri Ronald Wahyudi, Komandan Kesatuan Tugas, Kem Komandan dan Pegawai Pemerintah Pasukan.
Oleh: Sjn Donny Mike Andy ak Chendang