Exercise PAHLAWAN 16/2019 by the Malaysian Armed Forces
November 7, 2019 - Minister of Defence Malaysia, YB Tuan Hj. Mohamad bin Sabu took the opportunity to witness some military exercises in conjunction with the last day of Exercise PAHLAWAN 2019. He was accompanied by Chief of Defence Forces, Gen Tan Sri Dato' Seri Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin and the Service Chiefs and witnessed the Malaysian Armed Forces (MAF) in air operations, river crossing operations and the firing of the Multiple Lauch Rocket System (MRLS).
Exercise PAHLAWAN 16/2019, which combines all three services this time around defers from previous training series where almost all elements and national defence assets were mobilized and tested. The exercise is conducted once every four years and is aimed at assessing the capabilities and efficiency of the three services of the MAF. The implementation of this exercise is also in line with the MAF's ambition for 2019 to be The Year of Joint.
This exercise also marks the first time the involvement of the Joint Regional Command North (JRCN) led by the Royal Malaysian Naval Command Headquarters. The involvement of the JRCN is in line with the ambition and direction of the MAF to form a Joint Territorial Command in the region that is expected to realize the future development and modernization of MAF.
The scenario is a concept of Conventional and Asymetric Warfare in line with the current threat scenario that many countries face today. This exercise also involves the use of simulation systems from all three services to assess their capabilities and capabilities in achieving the training objectives.
The exercise, which began on 23 October, involved several training locations, namely Command Post Training (CPX) at the MTC, while Field Training (FTX) that involved organizing and components including special teams from all three services was carried out at several nearby locations Lumut, Pangkor Island, Seberang Perak, Teluk Intan, Perak and Malacca Strait.
At the end of the training, the CDF completed the closing ceremonies held in Parit Baharu, Teluk Intan, Perak. At the closing ceremony of the Operation in Build Up Area (OBUA) concept training was performed to all.
All of these activities provided clear indications and indicators of MAF capabilities and credibility that are always ready to face any threat at any time and in any situation.
EKSESAIS PAHLAWAN SIRI 16/2019.
7 November 2019 - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Hj. Mohamad bin Sabu meluangkan masa untuk menyaksikan beberapa latihan ketenteraan sempena hari terakhir pelaksanaan Eksesais Pahlawan 2019. Beliau yang turut diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Seri Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin serta Panglima-Panglima Perkhidmatan berkesempatan menyaksikan kesiagaan ATM dalam latihan operasi udara, operasi menyeberangi sungai dan penembakan dari Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB).
Eksesais PAHLAWAN 16/2019 yang mengabungkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan kali ini menyaksikan pembaharuan berbanding siri latihan sebelum ini di mana hampir kesemua elemen dan aset pertahanan negara diaturgerak dan diuji. Eksesais yang dilaksanakan setiap empat tahun sekali ini juga bertujuan untuk menilai keupayaan dan kecekapan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Pelaksanaan eksesais ini juga sejajar dengan hasrat ATM untuk tahun 2019 ini sebagai Tahun Ketumbukan Bersama (The Year of Joint).
Eksesais ini juga menyaksikan buat julung kalinya penglibatan Joint Regional Command North (JRCN) yang diterajui oleh Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM. Penglibatan JRCN ini adalah selari dengan hasrat dan halatuju ATM untuk membentuk Pemerintahan Wilayah Bersama mengikut wilayah yang diharap dapat direalisasikan bagi pembangunan dan pemodenan ATM pada masa hadapan.
Senario Eksesais adalah berkonsepkan peperangan Conventional dan Asymetric Warfare sejajar dengan senario ancaman semasa yang dihadapi oleh banyak negara masa kini. Eksesais ini juga turut melibatkan penggunaan sistem simulasi dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan bagi menilai keupayaan serta kemampuan dalam mencapai objektif latihan yang ditetapkan.
Eksesais yang bermula sejak 23 Oktober lalu melibatkan beberapa lokasi latihan iaitu bagi Latihan Pos Perintah (CPX) dilaksanakan di Pangkalan TLDM Lumut manakala Latihan Medan (FTX) yang melibatkan atur gerak terup dan komponen termasuk pasukan khas dari ketiga-tiga perkhidmatan dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Lumut, Pulau Pangkor, Seberang Perak, Teluk Intan, Perak dan Selat Melaka.
Di akhir latihan, Panglima Angkatan Tentera telah menyempurnakan upacara penutup eksesais ini yang telah diadakan di Kg. Parit Baharu, Teluk Intan, Perak.Pada upacara penutup eksesais berkenaan latihan berkonsepkan Operation in Build Up Area (OBUA) telah dipertontonkan kepada semua.
Kesemua aktiviti ini memberikan indikasi dan petunjuk yang jelas terhadap keupayaan dan kredibiliti ATM yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman pada sebilang masa dan dalam apa jua keadaan.