New Director-General Defence Intelligence Staff Directorate LG Datuk Ahmad Norihan bin Jalal
KUALA LUMPUR, 18 August 20 - A total of 7 Senior Malaysian Army Officers from various corps were promoted in the Promotion Ceremony of Senior Army Officers. The ceremony was officiated by the Chief of Army, Gen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain at the Zulkifeli Zain Hall, Wisma Perwira Tentera Darat, Sungai Besi Perdana Camp, Kuala Lumpur.
Maj Gen Datuk Ahmad Norihan bin Jalal has been promoted to Lieutenant-General with effect 1 August 20 and will hold the position of Director General of Defence Intelligence, DISD.
In his speech, COA congratulated all the Senior Officers who were promoted. According to him, promotion is a recognition of the quality of work in the service. It comes along with responsibility. COA calls on all Senior Officers to give commitment in performing their duties honestly and trustfully and understand the 3 principles (3P) and 5 pillars (5T) well. According to him, what we do, we need to focus on something.
MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 20 – Seramai 7 Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) dari pelbagai kor dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zain, Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Mej Jen Datuk Ahmad Norihan bin Jalal telah dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral berkuatkuasa 1 Ogos 20 dan akan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, BSPP.
Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat 2 Pegawai Kanan berpangkat Lt Kol kepada Pemangku Kol dan 4 Pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Pemangku Lt Kol.
Dalam ucapannya, PTD mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat. Menurut beliau, kenaikan pangkat adalah satu pengiktirafan di atas kualiti kerja dalam perkhidmatan. Ia datang bersama dengan tanggungjawab. PTD menyeru kepada semua Pegawai Kanan untuk memberikan komitmen dalam melaksanakan tugas secara jujur dan amanah serta memahami 3 prinsip (3P) dan 5 tonggak (5T) dengan baik. Menurut beliau juga, apa yang kita lakukan, kita perlu fokus dalam sesuatu perkara.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato' Mohammad bin Ab Rahman dan Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.
Acara dilaksanakan dengan penglibatan minima dari warga TDM serta mematuhi SOP PKPP.