RMAF Assistant Chief of Staff, Engineering Promoted to Major-General
KUALA LUMPUR, 23 Sep 2020 - The Chief of Air Force, Gen Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad RMAF has attended the promotion ceremony of Brig Gen Ir. Mohamad Razip bin A. Samad RMAF. Brig Gen Ir. Mohamad Razip was promoted to the rank of Maj Gen and holds the position of Assistant Chief of Staff, Engineering at RMAF HQ Engineering.
KUALA LUMPUR, 23 Sep 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Brig Jen Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM yang dinaikkan pangkat ke Mej Jen TUDM dan memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Kejuruteraan di MTU Kejuruteraan.
Upacara pemakaian pangkat yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara turut disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Salleh bin Osman TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM dan beberapa pegawai kanan TUDM.
Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Mej Jen Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM di atas kenaikan pangkat dan menerajui Cawangan Kejuruteraan.