Malaysian Army Combined Arms Maneuver Exercise
14 RAMD (MEK) DAN 11 KAD UJI KEUPAYAAN MANOEUVRE
NEGERI SEMBILAN: Seramai empat pegawai dan 46 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (14 RAMD) (Mek) dan Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD) digabungkan menjadi sebuah Combat Team terlibat latihan di Combined Arm Manoeuvre Area (CARMA) Tapak Bravo, Lapang Sasar Asahan pada 15 Mac hingga 19 Mac 2021.
Latihan ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan khususnya kepada anggota Platun Mek dan Trup Kereta Kebal dalam melaksanakan atugerak secara Combat Team selain memfokuskan untuk menguji keupayaan manoeuvre di kawasan latihan CARMA yang baharu dibangunkan.
Sepanjang latihan dijalankan, anggota telah didedahkan dengan aspek kraf kenderaan, Kawad-kawad Platun atau Terup dan Taktik.
Latihan ini juga telah dijadikan sebagai uji cuba bagi mengenal pasti kesesuaian kawasan latihan CARMA menggunakan aset yang diaturgerakan.
Rancangan membangunkan CARMA ini merupakan hasil cetusan idea dari Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bagi membolehkan latihan secara realistik serta dilaksanakan berlandaskan Battle-Focused Training secara Gabungan bagi mendukung Div Gabungan Penggempur ‘TERBAIK’.
Latihan ini akan diteruskan di masa akan datang dengan merangkumi Combined Arms Live Firing Exercise (CALFEX) melibatkan kesemua elemen Tempur, Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat.
Pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Penekanan Terhadap Penambahbaikan Profesionalisme Serta Profisiensi Taktikal dan Teknikal Melalui Keberkesanan Latihan Individu, Kolektif dan Joint serta Latihan Berterusan.
- Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia