Malaysian Ministry of Transport Visits RMAF Air Region 1 and Kuantan Airbase
LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA KE PANGKALAN UDARA KUANTAN
KUANTAN, 18 Mac 21 – Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Datuk Isham bin Ishak bersama delegasi telah melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuantan yang juga merangkumi Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1).
Rombongan delegasi ini telah diiringi oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara dan Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM serta turut disambut oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Kol Zulkiffli bin Hj Musa TUDM dan barisan eksekutif pangkalan dan skuadron.
Delegasi lawatan telah diberikan taklimat keupayaan dan rancangan masa hadapan PU Kuantan oleh PANGWILUD 1. Selesai taklimat, rombongan delegasi telah diberikan penerangan lanjut berkenaan Regional Air Operation Centre (RAOC) sebelum dibawa ke "Alert Hangar" bagi melihat pesawat TUDM serta Demonstrasi Scramble Operation (Alert 5) oleh pesawat F/A-18D.
Lawatan kerja ini antara lain meningkatkan jalinan kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan Malaysia dan TUDM yang telah sedia terjalin dan perkongsian pandangan ke arah kerjasama yang memanfaatkan kedua-dua pihak termasuk dalam aspek kawalan dan pengawasan ruang udara serta pengurusan lapangan terbang.