The Malaysian Army Receives TARANTULA High Mobility Armored Vehicle

KUALA LUMPUR, 2 April 21 - The Chief of Air Force, Gen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad RMAF witnessed the inauguration of the country's first 4x4 High Mobility Armored Vehicle (HMAV) named "TARANTULA" officiated by the Senior Minister of Defense, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob at Wisma Perwira Tentera Darat, Sungai Besi Perdana Camp, Kuala Lumpur.

This vehicle is made by local company MILDEF International Technologies Sdn Bhd which has the rugged ability to be maneuvered on various terrain and is capable of reaching speeds of up to 110 km/h.

Tarantula HMAV 4x4 is also proven to be able to perform various important military missions with a weapon system capable of shooting 360 degrees and can provide protection to the operator and crew of the vehicle. The name Tarantula for this armored vehicle is based on its nature and ability in the group of large, hairy toothed spiders belonging to the family "Theraphosidae" which are said to be able to change color and behavior according to the environment and be able to kill other animals larger than it.

Also present at the inauguration were the Chief of Armed Forces, Gen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang RMAF, Secretary General of the Ministry of Defence Malaysia, Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz; Chief of Navy, Admiral Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; MILDEF International Technologies Advisor, Gen (Rtd) Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor and MILDEF Chief Executive Officer, Datuk Sri Mohd Nizam Kasa and accompanied by the Chief of Army, Gen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

The existence of the TARANTULA HMAV 4x4 is expected to bring a distinct synergy to the defence industry and defence strategic partners in general.


“TARANTULA” - KENDERAAN BERPERISAI MOBILITI TINGGI 4x4 PERTAMA BUATAN MALAYSIA KINI DIBERI NAMA

KUALA LUMPUR, 2 April 21 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM turut menyaksikan perasmian kereta Berperisai Mobiliti Tinggi (HMAV) 4x4 pertama negara yang diberi nama “TARANTULA” yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Kenderaan ini adalah buatan syarikat tempatan MILDEF International Technologies Sdn Bhd yang memiliki keupayaan lasak untuk diaturgerak di atas pelbagai bentuk muka bumi dan mampu mencapai kelajuan sehingga 110 km/j. Tarantula HMAV 4x4 juga terbukti mampu melaksanakan pelbagai misi penting ketenteraan dengan sistem persenjataan berupaya menembak secara 360 darjah serta dapat memberi perlindungan kepada pengendali serta kru kenderaan tersebut. Nama Tarantula untuk kenderaan berperisai ini berdasarkan sifat dan keupayaannya di dalam kumpulan labah-labah bertaring yang besar dan berbulu yang tergolong dalam famili “Theraphosidae”  yang dikatakan mampu mengubah warna dan tingkahlaku sesuai dengan persekitaran serta berupaya membunuh haiwan lain yang lebih besar daripadanya. 

Turut hadir ke perasmian ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Muez bin Abdul Aziz; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany; Penasihat MILDEF International Technologies, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (B) dan Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF, Datuk Sri Mohd Nizam Kasa serta diiringi oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain. 

Kewujudan TARANTULA HMAV 4x4 dijangka bakal membawa satu sinergi yang tersendiri kepada industri pertahanan dan rakan strategik pertahanan secara amnya.

Popular Posts